November 22, 2008

New freinds and networking

lama dah tak update nehhh..selama 6 bulan ni berkenalan dengan rakan2 atau networking baru...semuanya daripada bidang yang berbeza...tak apa juga ...sekurang-kurangnya mereka juga nak merasa cendawan ku nanti kan, hehehe.....tadi hantar cendawan kat kedai mama Nadia.....next tuaian bulan Dec ni...sekarang ni tengah membersihkan rumah cendawan...dan juga telah berpindah ke Bukit Sentosa...my lovely home....banyak benda nak buat kat rumah ni..tapi slow2 dulu....

September 26, 2008

Rumah Terbuka Raya Sana Sini




wahhhh belum raya dah promote nih...


Salam,

Ingin beraya bersama NADIA?! ape lagi, Jom join Majlis "Seloka Hari Raya bersama NADIA & NADIAFC".

TEMPAT : Kelab Darul Ehsan, Ampang (KDE)
TARIKH : 25hb Oktober 2008
MASA : 8 mlm - 11 mlm
BAYARAN :
# RM60 (Normal) # RM50 - Kanak2
# RM120 (VIP - Terhad kpd 9 tempat - Semeja dengan Nadia)

kalau korang berminat nak join, bleh la daftar sekarang. Caranya; Bank-In bayaran anda ke akaun:-

5 5 1 0 7 0 1 0 2 5 4 8 (Maybank)
Nor Lizawati Basri

Selepas itu, SMS maklumat anda ditalian; 012 743 8888, nyatakan butir-butir anda seperti;
(Nama - Jumlah bayaran - Jumlah Kehadiran)

TARIKH TUTUP : 20 Oktober 2008

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Miss Messy (012 928 7123) ATAU RoadRunner (012 375 3714).
ATAU, Layari http://www.nadiafc.com/web/

September 1, 2008

Siapkan Rak

Hi semua..lama tak update perkembangan projek cendawan nih...skang ni tengah siapkan rak..bertukang sendiri ..uhuhu...boleh ke....nasib baik ada adik tolong...sorry aaa gambar tak ada...

Plan tahun depan nak sewa rumah kedai kat bukit sentosa nih...banyak yang kosong ...murah pula sewanya...

July 14, 2008

Berhibur sambil bertani...........



OT kejap...kita rehatkan stresss dulu...jom sesiapa yang nak tengok dinner show Riz dan Nadia...

July 11, 2008

Selamat Tinggal Navy ku...........

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi tempoh peralihan ke dalam dunia awam...tapi rasanya dah sebati kut dgn rutin baru nanti...

Tadi buat rutin medical check up yang selanjutnya...periksa gigi,urine test, blood presure pastu ambil keputusan darah dan xray...so far tak ada masalah...petang Jumaat ni mungkin selesai medical check up...

Seronok sangat blok percubaan cendawan akan keluarkan hasil untuk kali ke 4....

Pastu ada hobi baru plak..nak cuba bidang fotografi...tengok macam mana hasilnya nanti

Sepanjang 3 bulan tempoh peralihan ni..dah berapa kali join aktiviti luar, yang akan datang ni celebrity cherity car wash kat Shah Alam bagi mewakili nadiafc...sebab nadia on her way to Chiang Mai...mesti seronok kan budak kecik tu pergi sana...

June 3, 2008

Hasil Pertama Blok Cendawan Percubaan

Minggu lepas Blok Cendawan percubaan yang dibuat semasa kursus 2 bulan lepas telah mengeluarkan hasil...seronoknya...tak sabar tunggu bulan Ogos...langkah menuju bidang perniagaan pertaniaan bermula....

March 24, 2008

Produk Hiliran


Baru selesai kursus berkenaan produk hiliran yang dianjurkan oleh Puan Zainon..Beliau memaklumkan kursus yang sama akan dilaksanakan di Kuala Kangsar. Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi 03 3341 7078 (Pej) 012 300 8918 (Nona) atau 016 382 9824 (Niza).

March 13, 2008

Pendapatan Tambahan Berasaskan Citarasa Cendawan

Tengah surf internet terjumpa maklumat kat bawah...Tak boleh lepaskan peluang ni...Minta tolong adik call....Malam ni diaorang akan mailkan maklumat berkenaan kursus ni..Sebelum tu ada juga hantar mail pada Pn Zainon..minta no hp...dan beliau pun dah jawab...Boleh jumpa nanti kat Bukit Raja...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Peluang menjadi usahawan asas tani citarasa cendawan. Pulangan lumayan.
Tempat terhad untuk 100 orang peserta pertama sahaja. Terbuka kepada bakal-bakal usahawan tani, para penanam cendawan dan orang perseorangan.
  • Tarikh : 22.03.2008
  • Tempat : Bukit Raja, Klang
  • Masa : 9:00 pagi – 4:30 petang
  • Yuran : RM80.00/orang
  • Tarikh Tutup : 19.03.2008
  • Anjuran : Pn. Zainon Binti Ariffin
  • Akrab Niaga Enterprise
  • Batang Kali, Hulu Selangor

March 3, 2008

Sedikit demi sedikit.....



Bagi menambah ilmu dan kemahiran penanaman cendawan kursus selanjutnya dicari..dan kali ini kursus dijalankan di Kuarters Jabatan Pertanian Jalan Sultan Salahudin Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Encik Abd Kadir.....Sambil tu cendawan sendiri masih dalam proses penyediaan...target bulan Ogos hasil boleh dituai. Tinggal satu lagi kursus yang akan dihadiri di Fatisha Agro Farm sekitar bulan Apr.....

February 26, 2008

Tapak Projek Cendawan Ku




Banyak kerja nak buat ni....baru selesai mengikuti kursus penanaman cendawan di MofaMag Resources....Semoga berjaya menjadi usahawan tani...doaku...